Wednesday, June 13, 2012

Catatan Jaulah(Kembara) di Bumi Jordan (2)

 Ummu Qays

Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Ummu Qays yang terletak di Utara Jordan.Ummu Qays juga terletak di antara sempadan tiga negara Jordan,Syria, dan Israel.Daripada kawasan ini,kami dapat melihat Tasik Tiberia yang disebut dalam yang ada kaitan dengan tanda-tanda besar hari kiamat,bahkan ada hadis yang menyebut tentang tasik ini di dalam Sohih Muslim.Di sini juga kami dapat melihat bukit Golan yang menjadi saksi kepada pertempuran tentera Syria dan Israel.




Panorama tiga tempat bersejarah,Ummu Qays di permulaan,Bukit Golan dan paling hujung ialah Tasik Tiberia.



Ummu Qays merupakan bandar tinggalan Greek purba di tanah Syam ini.Kemudian diperintah pula oleh Kerajaan Roman.Akhirnya kerajaan Islam mengambil pemerintahan tempat bersejarah ini selepas kemenangan Peperangan Yarmuk 636H.Gempa bumi yang kuat pernah berlaku di kawasan ini dan mengakibatkan beberapa binaan purba runtuh.


Teater



Kerajaan manusia tidak kekal selamanya,Allah memberi kepada sesiapa yang Dia mahu dan menariknya daripada Dia Mahu.Peringatan yang jelas daripada al-Quran(Ali 'Imran 3:26).


Maqam Sahabat Agung Rasulullah

 Perjalanan diteruskan pula menuju ke Laut Mati melalui jalan lembah di sepanjang Sungai Jordan yang menganjur daripada Tasik Tiberia hingga ke Laut Mati.Pemandangan di sini sungguh mengujakan melihat kebesaran Allah melalui penciptaanNya.

Hijau bumi Allah..



Rombongan juga mengambil kesempatan singgah di dua buah masjid yang dibina berdekatan dengan maqam sahabat Rasulullah iaitu Muaz bin Jabal dan Abu Ubaidah al-Jarrah Radiyallahu anhuma.


Maqam Muaz bin Jabal r,a




Maqam Abu Ubaidah al-Jarrah r.a.


Oh,mereka generasi terbaik,mendapat tarbiyah secara langsung daripada Rasulullah S.A.W.,Moga impian Sayyidina Umar r.a. dalam melahirkan pemuda seperti Abu Ubaidah al-Jarrah r.a. tercapai.

Bersambung kepada siri yang ke-3.

Tuesday, June 5, 2012

Catatan Jaulah(Kembara) di bumi Jordan(1)

Jaulah di Jordan membawa nilai yang tak terkata di dalam diri saya.Jaulah di bumi Syam membawa Ibrah yang cukup hebat,bumi ini merupakan bumi Jihad para rasul dan anbiya'  ,debu-debu pasir di sini merupakan saksi kepada perjuangan mereka,tetapi berbaloikah kita cukup sekadar berjalan-jalan tanpa menghayati jaulah ini,

Jaulah kita jaulah "makan angin",jaulah para rasul dan anbiya' jaulah menegakkan ar-risalah,Firman Allah S.W.T.

A137

Maksudnya:Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul).

(A-li'Imraan 3:137)


Sebelum berJaulah


Jaulah kami bermula pada hari Ahad,15 hingga 17 Januari 2012,di bawah anjuran PRISMA(Persatuan Mahasiswa Malaysia Al Al-Bayt).selesai peperiksaan Nihaie fasal awal,pada Jumaat esoknya kami terus bertolak memandangkan kami mahu menziarahi kawan-kawan di Mafraq.Melepaskan rindu agaknya.

Tiba hari Ahad,kami memulakan perjalanan seawal 11 pagi,perjalanan pertama menuju ke medan Ma'rakah Yarmouk(معركة اليرموك),melalui jalan Mafraq Irbid yang jaraknya kira-kira sejam perjalanan.



Padang pasir sepanjang perjalanan dari Mafraq-Irbid








 Tiba di tempat bersejarah ini,terpegun melihat kehijauan di sekitar medan Ma'rakah,mungkin disebabkan mengalirnya Sungai Yarmouk (نهر اليرموك),bumi yang subur.Barangkali juga bumi yang berkat kerana terletak bersebelahan bumi al-Aqso.Kawasan ini terletak di antara 3 negara,Jordan,Syria dan Israel yang tidak diiktiraf kenegaraannya.




Medan Ma'rakah(peperangan Yarmuk)







Sejarah Peperangan Yarmuk


Secara ringkasnya,Peperangan Yarmuk merupakan perang yang berlaku antara tentera Islam dan kerajaan Roman Timur(Byzantine) pada tahun 13H /636 M yang diketuai oleh Khalid al-Walid r.a. di zaman pemerintahan Umar al-Khattab,Khalifah ar-Rasyidin yang kedua,merupakan salah satu perang yang terbesar dan gemilang di dalam sejarah Islam dan dunia.Melalui perang ini dakwah Islam semakin berkembang luas hingga dapat menakluki Palestin,Syria dan Mesopotamia yang mana majoriti penduduknya ialah Kristian.


pandangan lebih dekat



Cuba menarik nafas panjang-panjang,mahu menghirup udara daripada Palestin.Moga diberi kesempatan.Siapa selepas Solahuddin al-Ayyubi?


Bersambung...





 




Friday, June 1, 2012

Perjalanan

Perjalanan ini sungguh jauh,
Oh hambaMu ini mengharapkan rahmatMu,
dalam menghayati kehidupan sebagai seorang hamba,
hanya waktu menjadi titik noktah,
antara hidup dan mati,

Wahai teman,
Apa yang kita lalui sepanjang perjalanan ini,
Apa yang kita bekalkan sepanjang kehidupan ini,
Apa yang kita sumbangkan untuk ummah ini,
Pergunakan ia di "alam sana",
Mudah-mudahan,
Allah permudahkan urusan kita,
di "alam yang kekal selamanya".

Muhasabah juga,
apa yang kita lukakan,
apa yang kita calarkan,
apa yang kita hitamkan,
daripada setiap cebisan kehidupan ini,

Maka teman,
tidaklah kehidupan ini melainkan,
sebuah larian untuk "Ghoyah" yang sebenar-benarnya,
moga kita tidak letih untuk berlari.






Koreksi Diri.

2/6/2012
2.07 p.m.
Malaysia




Tuesday, May 22, 2012

Menulis Itu...

Menulis itu,

menulis itu,
luahan hati,
muntahan rasa,
cetusan idea,

menulis itu,
tinta dakwah,
satu jihad,
yang adakalanya,
membakar jiwa,
bergerak ke medan ummah,

Aku menulis,
sekadar mahu,
berkongsi rasa,
pengalaman dan cerita,
agar teman,
merasa,
apa yang aku rasa,
walau kalanya,
rasa kita,
tidak sama,

Semoga menulis ini,
menjadi tinta untukku,
belajar dan terus belajar...

:.Monolog Sendirian entah apa-apa.:

12.25 a.m
23/5/2012
Jordan.

Wednesday, April 25, 2012

Kita dan Bahasa Arab(1)

Kita dan Bahasa Arab

Allah S.W.T. telah memuliakan bahasa arab sebagai bahasa al-Quran,Firman Allah S.W.T.

 A195
(Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.
(Asy-Syu'araa' 26:195

Saya suka menyentuh isu ini memandangkan saya kini seorang mahasiswa yang belajar ilmu-ilmu agama,lebih-lebih lagi belajar di negara Arab,ya,negara bermulanya sinaran Islam,bermula di Jazirah Arab,di tempat "Wadi Ghaira zi Zar'in",Makkah,kemudian berkembang hingga ke Tanah Syam dan Yaman,kemudian berkembang hingga kita sekarang dapat menikmati nikmat yang paling besar nikmat Iman dan Islam.

Bagaimana kita mahu meneroka ilmu-ilmu Islam,sedangkan kita sendiri kurang bersungguh dalam mendalami bahasa ilmu itu sendiri.Di mana peranan nahunya,di mana letak sorofnya,di mana di susun balaghahnya.Begitu juga insyanya,rasmnya dan apa yang melengkapkan ilmu bahasa itu sendiri.

Kemuliaan bahasa Arab

1)Bahasa al-Quran

  Firman Allah S.W.T.

 Firman Allah SWT, “Sesungguhnya KAMI turunkan ia (al-Quran) sebagai bacaan berbahasa arab agar kamu semua berfikir.” (Surah Yusuf: ayat 2)


2)Kunci untuk mendalami ilmu agama

Bahasa arab merupakan kunci utama dalam membuka pintu ilmu-ilmu Islam secara lebih mendalam,lebih hebat lagi,jika diberi peluang,ingin sekali mengkaji makhtutot(manuskrip) ulama terdahulu yang masih banyak berada di Mesir,Turki dan beberapa tempat lain lagi.

Di mana kita sekarang? 


Di mana kita sekarang?adakah semakin bersemangat ataupun semakin futur dalam menuntut ilmu??Nantikan sambungan.

 Wallahul musta'an.