Wednesday, July 3, 2013

Kita Ini Tetamu Senja

Kita hanya tetamu senja

 
Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah kita kepada-Nya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf – kita punya kiblat
Segera kita ingat – kita punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat
  
A. Samad Said
Utusan Zaman 1955

Catatan Jaulah(Kembara) di bumi Jordan (3)

Usai Solat Jama' Zuhur dan Asar,bas terus meluncur meninggalkan masjid yang terletak berdekatan maqam sahabat agung Abu Ubaidah al-Jarrah R.A.Kali ini perjalanan menuju ke Laut Mati yang terletak kira.Tempat yang dikatakan tempat kaum Lut diazab,membaca fatwa di islamweb.net membuatkan saya agak lega,kerana tiada dalil syar'ie secara jelas mengatakan Laut Mati tempat kaum Lut yang diazab,Apapun,iktibar daripada kisah kaum Lut sepatutnya kita ambil cakna,bagaimana Allah telah meletakkan sistem kehidupan yang sempurna,tetapi ada di kalangan yang manusia yang melampau dengan melanggar sistem yang Allah ciptakan.

Nah!Allah bayar "cash" akibat daripada kesombongan dan kelalaian manusia ini.Kaum 'Ad,Thamud,Lut,Kaum Madyan,kisah kaum lain telah disebut secara jelas dalam al-Quran menjadi bukti kepada perbuatan dan kesombongan mereka ini.

1 jam sebelum senja berlabuh,kami tiba di Laut Mati,Oh,sebelum terlupa,tempat ini merupakan pertemuan di antara tentera Rom & Parsi yang disebut di dalam al-Quran.

Firman Allah S.W.T di dalam surah Rum ayat 3.

A003 


Maksudnya:Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya -


 Dr. Zaghlul Najjar,ulama' pakar di dalam bidang I'jazul Quran berpendapat bahawa "أدني الأرض" adalah di Laut Mati.Pendapat beliau boleh dibaca di sini.


Pemandangan senja di Laut Mati.


Rombongan mengambil peluang mandi-manda di Laut Mati ini.Kelihatan juga pelancong-pelancong dari luar mengambil peluang berjemur dan melumurkan lumpur di badan.Laut Mati juga terkenal dengan produk kesihatan yang diperbuat daripada lumpur.Dengar katanya,dapat menyembuhkan penyakit kulit.


Malasnya menulis.Bersambung untuk post akan datang.







Sunday, February 10, 2013

Oh My Imam!Padu!



 



 Sangat menarik vlog ini.Saya sebenarnya bukanlah penggemar Vlog,sudah beberapa kali link video ini terpampang di "wall" Facebook",akhirnya hari ini tergerak juga hati untuk menonton video ini.Alhamdulillah,saya merasakan pengisian vlog ini amat bersesuaian dengan keadaan muda-mudi zaman kini,kita mengharapkan seorang yang soleh ataupun solehah,tetapi sudahkah kita berusaha untuk menuju ke arah gerbang perkahwinan?Jom Muhasabah!

Wednesday, June 13, 2012

Catatan Jaulah(Kembara) di Bumi Jordan (2)

 Ummu Qays

Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Ummu Qays yang terletak di Utara Jordan.Ummu Qays juga terletak di antara sempadan tiga negara Jordan,Syria, dan Israel.Daripada kawasan ini,kami dapat melihat Tasik Tiberia yang disebut dalam yang ada kaitan dengan tanda-tanda besar hari kiamat,bahkan ada hadis yang menyebut tentang tasik ini di dalam Sohih Muslim.Di sini juga kami dapat melihat bukit Golan yang menjadi saksi kepada pertempuran tentera Syria dan Israel.




Panorama tiga tempat bersejarah,Ummu Qays di permulaan,Bukit Golan dan paling hujung ialah Tasik Tiberia.



Ummu Qays merupakan bandar tinggalan Greek purba di tanah Syam ini.Kemudian diperintah pula oleh Kerajaan Roman.Akhirnya kerajaan Islam mengambil pemerintahan tempat bersejarah ini selepas kemenangan Peperangan Yarmuk 636H.Gempa bumi yang kuat pernah berlaku di kawasan ini dan mengakibatkan beberapa binaan purba runtuh.


Teater



Kerajaan manusia tidak kekal selamanya,Allah memberi kepada sesiapa yang Dia mahu dan menariknya daripada Dia Mahu.Peringatan yang jelas daripada al-Quran(Ali 'Imran 3:26).


Maqam Sahabat Agung Rasulullah

 Perjalanan diteruskan pula menuju ke Laut Mati melalui jalan lembah di sepanjang Sungai Jordan yang menganjur daripada Tasik Tiberia hingga ke Laut Mati.Pemandangan di sini sungguh mengujakan melihat kebesaran Allah melalui penciptaanNya.

Hijau bumi Allah..



Rombongan juga mengambil kesempatan singgah di dua buah masjid yang dibina berdekatan dengan maqam sahabat Rasulullah iaitu Muaz bin Jabal dan Abu Ubaidah al-Jarrah Radiyallahu anhuma.


Maqam Muaz bin Jabal r,a




Maqam Abu Ubaidah al-Jarrah r.a.


Oh,mereka generasi terbaik,mendapat tarbiyah secara langsung daripada Rasulullah S.A.W.,Moga impian Sayyidina Umar r.a. dalam melahirkan pemuda seperti Abu Ubaidah al-Jarrah r.a. tercapai.

Bersambung kepada siri yang ke-3.

Tuesday, June 5, 2012

Catatan Jaulah(Kembara) di bumi Jordan(1)

Jaulah di Jordan membawa nilai yang tak terkata di dalam diri saya.Jaulah di bumi Syam membawa Ibrah yang cukup hebat,bumi ini merupakan bumi Jihad para rasul dan anbiya'  ,debu-debu pasir di sini merupakan saksi kepada perjuangan mereka,tetapi berbaloikah kita cukup sekadar berjalan-jalan tanpa menghayati jaulah ini,

Jaulah kita jaulah "makan angin",jaulah para rasul dan anbiya' jaulah menegakkan ar-risalah,Firman Allah S.W.T.

A137

Maksudnya:Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul).

(A-li'Imraan 3:137)


Sebelum berJaulah


Jaulah kami bermula pada hari Ahad,15 hingga 17 Januari 2012,di bawah anjuran PRISMA(Persatuan Mahasiswa Malaysia Al Al-Bayt).selesai peperiksaan Nihaie fasal awal,pada Jumaat esoknya kami terus bertolak memandangkan kami mahu menziarahi kawan-kawan di Mafraq.Melepaskan rindu agaknya.

Tiba hari Ahad,kami memulakan perjalanan seawal 11 pagi,perjalanan pertama menuju ke medan Ma'rakah Yarmouk(معركة اليرموك),melalui jalan Mafraq Irbid yang jaraknya kira-kira sejam perjalanan.



Padang pasir sepanjang perjalanan dari Mafraq-Irbid








 Tiba di tempat bersejarah ini,terpegun melihat kehijauan di sekitar medan Ma'rakah,mungkin disebabkan mengalirnya Sungai Yarmouk (نهر اليرموك),bumi yang subur.Barangkali juga bumi yang berkat kerana terletak bersebelahan bumi al-Aqso.Kawasan ini terletak di antara 3 negara,Jordan,Syria dan Israel yang tidak diiktiraf kenegaraannya.




Medan Ma'rakah(peperangan Yarmuk)







Sejarah Peperangan Yarmuk


Secara ringkasnya,Peperangan Yarmuk merupakan perang yang berlaku antara tentera Islam dan kerajaan Roman Timur(Byzantine) pada tahun 13H /636 M yang diketuai oleh Khalid al-Walid r.a. di zaman pemerintahan Umar al-Khattab,Khalifah ar-Rasyidin yang kedua,merupakan salah satu perang yang terbesar dan gemilang di dalam sejarah Islam dan dunia.Melalui perang ini dakwah Islam semakin berkembang luas hingga dapat menakluki Palestin,Syria dan Mesopotamia yang mana majoriti penduduknya ialah Kristian.


pandangan lebih dekat



Cuba menarik nafas panjang-panjang,mahu menghirup udara daripada Palestin.Moga diberi kesempatan.Siapa selepas Solahuddin al-Ayyubi?


Bersambung...





 




Friday, June 1, 2012

Perjalanan

Perjalanan ini sungguh jauh,
Oh hambaMu ini mengharapkan rahmatMu,
dalam menghayati kehidupan sebagai seorang hamba,
hanya waktu menjadi titik noktah,
antara hidup dan mati,

Wahai teman,
Apa yang kita lalui sepanjang perjalanan ini,
Apa yang kita bekalkan sepanjang kehidupan ini,
Apa yang kita sumbangkan untuk ummah ini,
Pergunakan ia di "alam sana",
Mudah-mudahan,
Allah permudahkan urusan kita,
di "alam yang kekal selamanya".

Muhasabah juga,
apa yang kita lukakan,
apa yang kita calarkan,
apa yang kita hitamkan,
daripada setiap cebisan kehidupan ini,

Maka teman,
tidaklah kehidupan ini melainkan,
sebuah larian untuk "Ghoyah" yang sebenar-benarnya,
moga kita tidak letih untuk berlari.






Koreksi Diri.

2/6/2012
2.07 p.m.
Malaysia




Tuesday, May 22, 2012

Menulis Itu...

Menulis itu,

menulis itu,
luahan hati,
muntahan rasa,
cetusan idea,

menulis itu,
tinta dakwah,
satu jihad,
yang adakalanya,
membakar jiwa,
bergerak ke medan ummah,

Aku menulis,
sekadar mahu,
berkongsi rasa,
pengalaman dan cerita,
agar teman,
merasa,
apa yang aku rasa,
walau kalanya,
rasa kita,
tidak sama,

Semoga menulis ini,
menjadi tinta untukku,
belajar dan terus belajar...

:.Monolog Sendirian entah apa-apa.:

12.25 a.m
23/5/2012
Jordan.